Thursday, July 17, 2008

ZAMAZULAN

Anak bongsu kepada pasangan Buang dan Rugayah. Dilahirkan pada 10/5/1992 dengan sihat tubuh badan disamping keluarga yang amat bahagia. Menjadi permata hati kepada seluruh keluarga.
Dimanja oleh Kakak Kecik; Zamizan. Di kala ayahanda dan bonda sibuk mencari rezeki, Kak Chak yang menguruskan dari botol susu sehingga menukar lampin. Membesar sebagai kesayangan keluarga, bukan di manja tapi penuh kasih sayang.
Di petang 9/8/2007, kami sekeluarga di gemparkan dengan kemalangan yang melibatkan Pak Usu sekaligus mengundang seribu pertanyaan samada adik akan selamat atau sebaliknya. ZAMAZULAN mengalami gegaran otak yang amat kuat. Pihak hospital di Pahang menyatakan 50/50 sahaja..tamparan yang cukup hebat namun dengan kekuatan doa ayahanda dan bonda dan adik-beradik kami membawanya ke HKL.
Beliau berada di hospital selama lebih dari 40 hari; 2 minggu di ICU-HKL, menghadapi saat-saat genting bukan lah satu perkara yang mudah, pada sesiapa yang pernah melaluinya pasti memahami perasaan kami sekeluarga.
Syukur sekarang adik telah pulang bersama kami. Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ayahnda dan bonda di Jengka Pahang. Terima kasih yang teramat sangat untuk kedua ayahnda-bonda!
Sayangnya adik sudah tidak bisa berjalan dan mengalami "short memory". Adik hanya bisa duduk di kerusi roda, makan-minum disuap bonda.
Sesungguhnya kami sekelurga bersyukur kepada Nya. Dan kami yakin dan percaya adik akan bisa berjalan lagi..insya-Allah!
Di nukilan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jururawat dan Doktor di HKL terutamanya Dr. Rahmat yang memberi kami bantuan dan sokongan dalam menghadapi saat-saat getir.
Terima kasih juga kepada kakitangan Hospital Temerloh. Jasa kalian amat kami hargai.

Terima kasih!

Terima kasih!
dan Terima kasih.
Terima kasih yang berjuta kali kepada Ayahanda dan Bonda..Jasa mu tidak dapat kami membalasnya..Semoga kedua-duanya sihat dan gembira selalu.
Terima kasih dan wasalam